PROGRAM IHYA RAMADAN

PROGRAM IHYA RAMADAN

17 JULAI 2013 BERSAMAAN 8 RAMADAN 1434H                                  ......

>> Baca Lagi >>
Pendaftaran Pelajar Asrama Sesi 2013

Pendaftaran Pelajar Asrama Sesi 2013

Pada 01 Januari 2013 seramai 50 orang murid baru telah mendaftar di Asrama Sek. Men Arab JAIM. Terdapat 50 orang murid lelaki telah mendaftar. Pihak Pengurusan Asrama mengalu-alukan kedatangan semua ke asrama. Selamat datang dan semoga cemerlang di sini dan jadikanlah asrama ini tempat bermulanya sebuah kejayaan yang gemilang di suatu masa nanti ......

>> Baca Lagi >>
PROGRAM LEPAS PMR

PROGRAM LEPAS PMR

PROGRAM LEPAS PMR LAWATAN KE PULAU PINANG & KEDAH. BERTARIKH:18-20 OKTOBER 2012 ......

>> Baca Lagi >>
selamat menghadapi peperiksaan

selamat menghadapi peperiksaan

Fadhilat Memberi Salam

Fadhilat Memberi Salam

FADHILAT MEMBERI SALAM ......

>> Baca Lagi >>
Program Asrama

Program Asrama

Program-Program Asrama   1. Minggu Orentasi Pelajar Tingkatan 1   2. Sukan Asrama ......

>> Baca Lagi >>
Tinta Siber

Tinta Siber

Assalamualaikum dan salam sejahtera..... Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kini Asrama Sekolah Menengah Arab JAIM Al Ahmadi telah melangkah setapak lagi ke era teknologi maklumat dengan terbinanya laman web ini..... ......

>> Baca Lagi >>
Ucapan Awam

Ucapan Awam

Mutiara kata atau kata-kata nasihat adalah penting kita semua. Kata-kata yang bermanfaat ini dapat menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan kita samada rumah tangga, percintaan, pekerjaan, dan pergaulan sehari-hari. Jadi amb ......

>> Baca Lagi >>
Sblm 1 2 3 4 5 6 7 8 Seterusnya
Fadhilat Memberi Salam PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Webmaster Asrama Sekolah   
Rabu, 18 Julai 2012 04:32

FADHILAT MEMBERI SALAM

UCAPAN SALAM yang dibiasakan dalam masyarakat Islam hanya mempunyai satu bentuk dan mesti menjadi amalan kepada setiap Muslim. Memberi salam sunat hukumnya, tetapi fadilatnya besar sehingga sesiapa yang mendengar, wajib untuk menjawabnya.
 
Ucapan salam itu adalah,
"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh"
 (salam sejahtera, rahmat Allah dan berkat-Nya ke atas kamu). Orang yang membalasnya (menjawabnya): "Waalaikum salam Warahmatullahi Wabarakatuh" (dan ke atasmu salam, rahmat Allah dan berkat-Nya).
 
Bentuk ucapan salam yang indah ini tidak boleh disamakan atau ditukar ganti dengan ungkapan lain seperti "selamat pagi"
, "selamat petang" atau "good morning". Hal ini kerana, ucapan salam memberikan pahala kepada sesiapa yang mengucapkannya, sedangkan ucapan selainnya, sekadar pada bibir dan tidak lebih daripada itu.

Salam mengandungi pengertian yang disukai dan paling dicintai oleh manusia pada segala tempat dan zaman. Salam yang diucapkan itu juga mempunyai kaedahnya. Oleh itu, kita hendaklah mengucapkannya dengan baik dan bersopan.

Kaedah itu disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:"Orang yang berkenderaan mengucapkan salam kepada yang berjalan kaki dan yang berjalan kepada orang yang duduk dan yang sedikit mengucapkan kepada yang ramai."
 (Muttafaq alaih)Memberi salam juga boleh diucapkan kepada sesiapa saja sama ada kepada lelaki atau wanita.

LAST_UPDATED2