Tinta Siber Cetak
Ditulis oleh Webmaster Asrama Sekolah   
Khamis, 07 Julai 2011 13:04

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kini Asrama Sekolah Menengah Arab JAIM Al Ahmadi telah melangkah setapak lagi ke era teknologi maklumat dengan terbinanya laman web ini.....

Salah satu hasrat kami ialah memberi cabaran kepada kita semua untuk menerokai pelbagai teknologi yang sedia ada dengan memperkenalkan laman web asrama ini. Dengan terbinanya laman web ini, sedikit sebanyak kita telah berjaya merealisasikan hasrat tersebut. Saya amat berharap dengan adanya laman web ini akan memudahkan kita untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita bagi melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Saya juga berharap kepada semua pihak agar dapat memanfaatkan kemudahan ini semaksimum yang mungkin. Sekian terima kasih...

 

Rufifah binti Chik Mat / Norshirin binti Selon @ Sailon 05 Syaaban 1423H ( 7 Julai 2011 )