Fadhilat Memberi Salam Cetak
Ditulis oleh Webmaster Asrama Sekolah   
Rabu, 18 Julai 2012 04:32

FADHILAT MEMBERI SALAM

UCAPAN SALAM yang dibiasakan dalam masyarakat Islam hanya mempunyai satu bentuk dan mesti menjadi amalan kepada setiap Muslim. Memberi salam sunat hukumnya, tetapi fadilatnya besar sehingga sesiapa yang mendengar, wajib untuk menjawabnya.
 
Ucapan salam itu adalah,
"Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh"
 (salam sejahtera, rahmat Allah dan berkat-Nya ke atas kamu). Orang yang membalasnya (menjawabnya): "Waalaikum salam Warahmatullahi Wabarakatuh" (dan ke atasmu salam, rahmat Allah dan berkat-Nya).
 
Bentuk ucapan salam yang indah ini tidak boleh disamakan atau ditukar ganti dengan ungkapan lain seperti "selamat pagi"
, "selamat petang" atau "good morning". Hal ini kerana, ucapan salam memberikan pahala kepada sesiapa yang mengucapkannya, sedangkan ucapan selainnya, sekadar pada bibir dan tidak lebih daripada itu.

Salam mengandungi pengertian yang disukai dan paling dicintai oleh manusia pada segala tempat dan zaman. Salam yang diucapkan itu juga mempunyai kaedahnya. Oleh itu, kita hendaklah mengucapkannya dengan baik dan bersopan.

Kaedah itu disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud:"Orang yang berkenderaan mengucapkan salam kepada yang berjalan kaki dan yang berjalan kepada orang yang duduk dan yang sedikit mengucapkan kepada yang ramai."
 (Muttafaq alaih)Memberi salam juga boleh diucapkan kepada sesiapa saja sama ada kepada lelaki atau wanita.

LAST_UPDATED2